Wednesday, April 1, 2009

LIGA SUKAN FUTSAL KBM BELIA SELANGOR 2009 – PIALA YDP JIM SELANGOR



















1.0 Mukaddimah

Sukan merupakan satu aktiviti yang menyihatkan anggota tubuh badan. Bahkan menjadi tuntutan dalam Islam melalui riadah. Kegiatan duniawi ini adalah diharuskan selagi mana ianya membantu seseorang itu dalam mengukuhkan ukhuwah serta menyihatkan anggota tubuh badan.
Islam menganggapnya sebagai ibadah. Ibadah di dalam Islam terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang diredhai Allah SWT. Apabila seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan, tidak kira ianya seorang doktor, jurutera, peladang atau buruh, maka mereka ini dikira beribadah kepada Allah S.W.T.. Al-Qur’an juga menegaskan yang maksudnya:
'Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertebarlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)'.(Surah al-Jumu’ah: 10)
Sukan Futsal ini memberi impak yang baik kepada masyarakat. Bila merujuk kepada sabda Rasulullah S.A.W dalam seruannya kepada umat Islam supaya berganding bahu, bekerjasama dan bersatu padu yang bermaksud:
'Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang, tolong-menolong dan kemesraan sesama mereka adalah umpama satu badan di mana apabila satu anggota sakit, maka anggota lain pun turut mengalami kesusahan berjaga malam.




2.0 Objektif

a) Merapatkan hubungan semua graduan KEMWI DHL 2007, KBM Belia Selangor 2008 dengan semua warga belia JIMDHL dan rakan JIMDHL melalui aktiviti sukan futsal

b) Senaman atau riadah ini dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental

c) Sukan ini merupakan aktiviti santai yang dapat merehatkan pemikiran dan anggota badan pada generasi belia.

Alhamdulillah, Jaw. Kuasa Remaja dan Belia Selangor (Kelab Belia JIM (KBJ) Selangor), telah berjaya melaksanakan Kejohanan Sukan Futsal KBM Belia Selangor - Piala YDP JIM Selangor

Tarikh : 5 April 2009
Tempat : Kajang Sports Planet , Bandar Teknologi Kajang
Masa : 9.00 a.m - 1.00 p.m
Penyertaan:
JIMDHL - 1 pasukan
JIM Sepang - 2 pasukan
JIM Klang - 3 pasukan
JIM Petaling - 1 pasukan
JIM PJ - 1 pasukan

Hadiah : Piala pusingan (ditaja oleh Hospital pakar An Nur)
Wang tunai : Juara dan Naib juara

Rakan JIMDHL/ Rakan JIM Selangor

Hospital Pakar an Nur - Naib Juara
DENSO
HNR etiqa takaful
Surau Al Makmur & STRIDE
Surau Al Muhajirin Kjg Utama
Surau Saujana Impian
Akademi Huffaz
Yayasan Dakwah islamiah (YADIM) - 2 pasukan

Keputusan:

Juara Kumpulan :
1 : HNR Takaful
2: YADIM B
3. Surau Al Muhajirin, Kjg Utama
4. DENSO Bangi

Semi Final

HNR lwn YADIM B - YADIM B menang
Surau Muhajirin lwn DENSO - Surau Muhajirin menang

Final

YADIM lwn Surau Muhajirin - Surau Muhajirin Kjg Utama diistiharkan JUARA (3-2)





Jazakallahu khairan khathira kpd penyumbang2. ..seperti
Hospital pakar An Nur - sponsor Piala Pusingan
HNR Etiqa takaful - Banner
Hamba2 Allah SWT..serta AJK Daerah2 JIM Selangor (6 daerah)..

Yg telah menyumbang utk menyemarakkan arena dakwah di sini..Semoga Allah SWT berikan ganjaran pd antum sekalian..

Seterusnya, pelancaran kempen Ciri-ciri belia 7B akan diadakan bersempena dgn program tersebut.

Doakan kami...agar kami, MANTOP...iman, ,amal..perjuanga n..dan kejayaan kerana Allah SWT

Dari

Pak Andak
Penyelaras Belia
KBJ Selangor

7 Ciri Belia Muslim (7B)

1) Memulakan keFAHAMan dengan ilmu yang mantap
“ Dialah yang menurunkan kitab (Al-Qur’an) kepadamu (Muhammad). Diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab (Al-Qur’an) dan yang lain mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, “ Kami beriman kepadanya (Al-Qur’an), semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal (Surah Ali ‘Imran :7) ”
2) Melaksanakan dengan AMAL yang ikhlas
“ Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitulah juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah : 105) ”
3) Menggerakkan untuk BERMANFAAT pada semua
“ Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. (Surah Al-Bayyinah : 7) ”
4) Menegakkan kebenaran dengan prinsip keBERANIan
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahateliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan. (Surah An-Nisa’ : 135) ”
5) Memimpin kerja secara BERPASUKAN dan ‘intim’“ Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana (Surah At-Taubah : 71) ”
6) Melakukan usaha yang cerdas MENYAMPAIKAN risalah dakwah“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera (mengerjakan) berbagai kebajikan. Mereka termasuk orang-orang soleh. (Surah Ali ‘Imran : 114) ”
7) Memajukan perencanaan kerja dengan penuh INOVATIF dan kreatif“ Dan dia (Yakub) berkata, “ Wahai anak-anakku ! Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berbeda; namun demikian aku tidak dapat mempertahankan kamu sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya pula bertawakallah orang-orang yang bertawakal.” (Surah Yusuf : 67) ”

Daftar ahli KBJ