Wednesday, July 1, 2009

Konvensyen Graduan Nasional (KGN) 2009

Assalamualaikum wrt wbh

Pendaftaran utk KGN 2009 dibuka sekarang. Sila hubungi Sdr Khairul Fadhli di jundullah85@ gmail.com atau 0133554342 / 0125726557, dan nyatakan maklumat berikut:

Nama
IC
Tempat tinggal (sekarang)
Hp
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2009

Untuk pengetahuan, perkhidmatan nurseri juga disediakan sepanjang program, dari pagi sehingga malam. Untuk pendaftaran, sila maklumkan bersama semasa mendaftar jika anda memerlukan perkhidmatan ini. Bayaran dikenakan sebanyak RM20 seorang bayi / kanak-kanak.

Segala maklumat2 yg berikutnya akan diberitahu melalui email. Sila periksa email anda untuk maklumat terkini berkenaan KGN 2009.


Wassalam
-jawatankuasa penganjur-

---



Program:
KONVENSYEN GRADUAN NASIONAL 2009
(KGN 2009)

Tarikh (masa):
25 Julai 2009 (8.30pg) - 26 Julai 2009 (3.30ptg)

Tempat:
Lembah Klang

Sasaran Peserta:
i. Graduan IPT dalam & luar negara dalam tempoh 3 tahun terdahulu
ii. Pelajar tahun akhir di IPT dalam & luar negara
iii. Pernah atau masih mengikuti sistem pentarbiyahan JIM

Yuran:
RM30

Penganjur:
JIM IPT Pusat, dengan kerjasama JIM IPT Selangor



Objektif Program:

Memberikan pendedahan mengenai realiti dan cabaran hidup selepas alam kampus.
Perkongsian pengalaman dari aktivis JIM di dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Memberi pengenalan terhadap gerak kerja dakwah JIM di Malaysia dan bagaimana para belia mampu turut sama menyumbang dalam visi perlaksanaan syariah 2020
Memupuk silaturrahim serta mewujudkan rangkaian ukhuwwah diantara para peserta dengan aktivis serta pimpinan JIM dari pelbagai peringkat bagi memudahkan proses menempatkan diri mereka di dalam aktivisme JIM.


Pendaftaran Program:

Bagaimana hendak mendaftar?
Sila hubungi Sdr Khairul Fadhli di jundullah85@ gmail.com atau 0133554342 / 0125726557, dan nyatakan maklumat berikut:

Nama
IC
Tempat tinggal (sekarang)
Hp
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2009


Perkhidmatan Nurseri

Perkhidmatan nurseri disediakan. Sila maklumkan bersama semasa mendaftar jika anda memerlukan perkhidmatan ini atau tidak.
Setiap anak dikenakan yuran sebanyak RM20. Perkhidmatan disediakan dari pagi sampai malam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Amirul Letfee, 0193836859 atau Khairul Fadhli, 0133554342 / 0125726557

Keindahan BersamaMu (KBM) Belia Selangor

Assalamulaikum warah matullahi wabarakatuh

Sahabat yg dimuliakan kerana Allah SWT..

KBM Belia Selangor 2009 InsyaAllah akan diadakan seperti di butiran :

i) Tarikh : 25 Julai hingga 26 Julai 2009 (Sabtu dan Ahad)
ii) Tempat : Nur Bukit Unggul, Jenderam Hulu, Sepang <peta lokasi 1> <peta lokasi 2>
iii) Tarikh tutup: 15 Julai 2009
iv) Bayaran : RM120.00

makluman brosur KBM Belia seperti dilampiran.. Pls war-warkan.. Konsep first come first serve..
lihat foto KBM Belia Selangor 2009
Urusan boleh dirujuk pd :
Pak Andak (0196642860)
Siti Hajar Alias (0193546016)

Tuesday, May 26, 2009

CAKNe PPUKM - Tawaran menjadi sukarelawan

1. Salam

Saya yang terlibat secara tidak langsung pertemuan Pemain Bolasepak Selangor bagi memenuhi hasrat pesakit kritikal merasa amat terharu apabila diberitahu bahawa Pemain Selangor pada malam itu bangkit dari kekalahan pada separuh masa pertama dengan jaringan 0 -1 kepada pasukan Kedah adalah kerana ingin menghadiahkan kemenangan kepada Hazim, Rohaizad dan Islah yang menonton mereka bermain pada malam itu . Tiga jaringan gol yang mereka perolehi pada perlawanan antara Selangor dan Kedah pada malam itu adalah hasil jaringan dari Hazim. Rohaizad dan Islah (Kak Chik). Saya rasa dengan keikhlasan mereka ini lah pasukan Selangor duduk di tangga teratas Liga Super buat masa ini
2. Syukur alhamdulillah. .

Senyuman & gelak ketawa Hazim, Rohaizad & Kak Chik pada malam itu ialah penyuntik semangat :)

InsyaAllah, there are many things/plan in my mind in related to adik-adik semua. Will put here from time to time :)

Ward visit semlm ada lebih kurang 8 orang. This time, saya dah improve sikit , hehe.. as i brought my camera along to capture the sweet faces. Saya akan update the excel file insyaAllah tonite, and please update based on saya punya ye.

p/s had fun playing Play Station dgn Adik Fizani... but as expected , saya kalah, huhu.

thanks,
davina

Salam,

Di atas adalah catatan 2 orang sukarelawan CAKNe PPUKM yang baru-baru ini mengaturkan pertemuan adik Hazim (Rohaizad dan Kak Cik aka Nurul Islah juga merupakan pesakit cancer) )yang berhasrat untuk bertemu dengan pemain bolasepak Selangor. Daripada catatan ini, tentu ikhwah dan akhawat memahami kegembiraan dan kepuasan sukarelawan ini melakukan kerja yang tidak dibayar gaji ini.
Di sini, saya ingin membuka peluang menjadi sukarelawan kepada yang mungkin sedang bercuti semester atau sudah bekerja atau masih bersekolah untuk belajar menjadi sukarelawan. Cik Davina merupakan sukarelawan berpengalaman yang boleh membantu memberi tunjuk ajar. Sekurang-kurangnya, anak-anak kita ada melakukan kerja-kerja berfaedah dan mulia di waktu lapang mereka.

Sekadar membuka ruang berdakwah dengan approach berlainan...

Sekiranya berminat, sila hubungi saya!


Salina Awaludin
Ko-ordinator CAKNe PPUKM
019-333 1000

Guru Biologi, Sains Komputer, Sejarah

Kekosongan Jawatan : Guru Biologi, Sains Komputer, Sejarah di...
MRSM Pasir Salak,
KM 4 Jalan Tanjung Tualang
36800 Kampung Gajah
Perak
Sila hantar resume kepada naufal_fahmy@yahoo.com sebelum 31 Mei 2009 atau call 056313549

"FORUM DAKWAH HARMONI" Pada Masyarakat India Di Malaysia

Dengan kerjasama Hidayah Centre, JIM Petaling ( JK Dakwah ) dan Masjid UBUDDIAH seksyen 19 Shah Alam, akan mengadakan satu Forum yang bertajuk :-

"FORUM DAKWAH HARMONI"
Pada Masyarakat India Di Malaysia

Tempat : MASJID UBUDDIAH
SEKSYEN 19, SHAH ALAM
Tarikh : 31 Mei 2009 ( AHAD )
Masa : 8:00 pm - 10:00 pm
( Selepas Solat Maghrib )

PENCERAMAH

Moderator : Tuan Haji Muhammad Nicholas
( Hidayah Centre )
Ahli Panel 1 : Tuan Haji Kamaruddin Abdullah
( IPSI Penang )
Ahli Panel 2 : Sdr. Kamaruzaman
( Hidayah Centre )

ANJURAN BERSAMA

MASJID UBUDDIAH . Seksyen 19 Shah Alam.
HIDAYAH CENTRE Dan JIM Daerah Petaling ( JK Dakwah )

SEMUA DIJEMPUT HADIR......
MASUK PERCUMA..... .

Firman Allah:
" Serulah ( semua manusia ) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik ".
( Surah Al-Nahl 16 : Ayat 125 )

Monday, May 25, 2009

SEMINAR KATAKAN TIDAK! KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, LITERASI UNDANG-UNDANG WANITA, KELUARGA DAN KANAK-KANAK



Anda BERDEPAN DENGAN MASALAH KEGANASAN RUMAHTANGGA tetapi tidak tahu dengan siapa untuk dirujuk?

Anda SERING TERDENGAR JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA DIDERA SUAMINYA tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk membantunya?

Anda INGIN MEMBANTU SAHABAT-SAHABAT ANDA DI LUAR SANA tetapi anda tidak mempunyai sebarang info yang boleh anda jadikan panduan?

Ingin menjadi sukarelawan?

Bantulah mereka yang memerlukan bantuan anda kerana tidak semua daripada kita boleh mengecap nikmat bahagia di luar sana.

JOM kita tambah ilmu dan pemahaman kita mengenai isu ini.

ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA

ISU HAK YANG DIABAIKAN

ISU MEREKA YANG TERANIAYA

Sertai kami di
SEMINAR KATAKAN TIDAK! KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, LITERASI UNDANG-UNDANG WANITA, KELUARGA DAN KANAK-KANAK

Pada
30 Mei 2009 (Sabtu)

Masa
8.30 pagi – 1.30 tengahari

Tempat
Dewan Suria,
Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd,
Ground Floor
Bangunan Pro Centre,
Lot 3301, Batu 8, Jalan Ulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan

ANJURAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
Seksyen Sektoral, UPEN
Sekretarial OSCC
Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Ampang Jaya

OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.

2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.

3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.

4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

ATURCARA PROGRAM

8.30 pagi
Ketibaan dan pendaftaran

8.45 pagi
Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis. Ucaputama oleh YDP JIM Ampang Jaya

9.00 pagi
Modul 1 : Keganasan terhadap wanita, isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti

PENCERAMAH : Dr Radziah Jabir
Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Selayang Baru

10.00 pagi

Rehat dan Kudapan

10.15 pagi
Modul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC disertai persembahan multimedia OSCC

PANEL :
Dr Ridzuan Bin Dato’ Md Isa
Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang

Encik Abd Razak bin Aziz
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Ketua Polis Daerah Gombak

MODERATOR : Dr Badiah

11.30 pagi

MODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi wanita & Biro Bantuan Wanita

PENCERAMAH : Puan Afzan Harison , Peguam Bela Peguamcara, ahli BAR Council Kuala Lumpur.

12.45 tengahari
PERASMIAN PENUTUP oleh YB Hj Saari Sungib, Adun Hulu Kelang

1.00 tengahari
Penutup dan Bacaan Doa
Makan tengahari dan bersurai

InsyaAllah, setiap perbentangan yang dilakukan boleh membantu kita sedikit sebanyak untuk membantu mereka di luar sana.

Untuk pendaftaran, hubungi:

Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang (Tel:03-42602205)

Wanita JIM Ampang Jaya (Hjh Jeriah Manap-013-3404343 /03-41073379)

atau sms nama ke 019-5053008.

Masuk: PERCUMA

BENGKEL PENULISAN BERKESAN UNTUK MEDIA MASSA (PENA)


Jawatankuasa Penerangan JIM Selangor akan menganjurkan
BENGKEL PENULISAN BERKESAN UNTUK MEDIA MASSA (PENA)

Tarikh:
30 Mei 2009 (Sabtu)

Tempat:
Bilik Seminar bawah Masjid UIAM Gombak

Masa:
9.00 pagi ~ 5.00 petang

bersama Moderator anda
PROF. MADYA DR. UMI KALTHUM NGAH
(Penulis beberapa buah novel Islami terbitan PTS)

Terhad untuk 30 orang sahaja!
Bayaran hanya RM 30 sahaja!

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi
Ahmad Nizam Samsudin 019-235 5575 atau email nizamnet@gmail.com