Tuesday, May 26, 2009

CAKNe PPUKM - Tawaran menjadi sukarelawan

1. Salam

Saya yang terlibat secara tidak langsung pertemuan Pemain Bolasepak Selangor bagi memenuhi hasrat pesakit kritikal merasa amat terharu apabila diberitahu bahawa Pemain Selangor pada malam itu bangkit dari kekalahan pada separuh masa pertama dengan jaringan 0 -1 kepada pasukan Kedah adalah kerana ingin menghadiahkan kemenangan kepada Hazim, Rohaizad dan Islah yang menonton mereka bermain pada malam itu . Tiga jaringan gol yang mereka perolehi pada perlawanan antara Selangor dan Kedah pada malam itu adalah hasil jaringan dari Hazim. Rohaizad dan Islah (Kak Chik). Saya rasa dengan keikhlasan mereka ini lah pasukan Selangor duduk di tangga teratas Liga Super buat masa ini
2. Syukur alhamdulillah. .

Senyuman & gelak ketawa Hazim, Rohaizad & Kak Chik pada malam itu ialah penyuntik semangat :)

InsyaAllah, there are many things/plan in my mind in related to adik-adik semua. Will put here from time to time :)

Ward visit semlm ada lebih kurang 8 orang. This time, saya dah improve sikit , hehe.. as i brought my camera along to capture the sweet faces. Saya akan update the excel file insyaAllah tonite, and please update based on saya punya ye.

p/s had fun playing Play Station dgn Adik Fizani... but as expected , saya kalah, huhu.

thanks,
davina

Salam,

Di atas adalah catatan 2 orang sukarelawan CAKNe PPUKM yang baru-baru ini mengaturkan pertemuan adik Hazim (Rohaizad dan Kak Cik aka Nurul Islah juga merupakan pesakit cancer) )yang berhasrat untuk bertemu dengan pemain bolasepak Selangor. Daripada catatan ini, tentu ikhwah dan akhawat memahami kegembiraan dan kepuasan sukarelawan ini melakukan kerja yang tidak dibayar gaji ini.
Di sini, saya ingin membuka peluang menjadi sukarelawan kepada yang mungkin sedang bercuti semester atau sudah bekerja atau masih bersekolah untuk belajar menjadi sukarelawan. Cik Davina merupakan sukarelawan berpengalaman yang boleh membantu memberi tunjuk ajar. Sekurang-kurangnya, anak-anak kita ada melakukan kerja-kerja berfaedah dan mulia di waktu lapang mereka.

Sekadar membuka ruang berdakwah dengan approach berlainan...

Sekiranya berminat, sila hubungi saya!


Salina Awaludin
Ko-ordinator CAKNe PPUKM
019-333 1000

No comments:

Post a Comment